suis LDR (ON)

suis LDR (ON)

selamat datang ke bebelong kami

selamat datang ke bebelong kami

wink wink

wink wink

Tuan Tanah

Tuan Tanah

Pages

Translate

About Me

Followers

RSS

ku nan

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditemui media selepas program Nur Ramadhan di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin, 5 Julai, 2014Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditemui media selepas program Nur Ramadhan di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin, 5 Julai, 2014Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan menghalang badan bukan kerajaan (NGO) membantu masalah gelandangan malah mengakui dirinya menyokong usaha memberi bantuan makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur sejak 14 tahun lalu.
Tengku Adnan berkata, tidak ada masalah jika NGO lain mahu meneruskan aktiviti agihan makanan kerana beliau juga menjalankan operasi melalui kumpulan sendiri di Jalan Imbi, Bukit Bintang.
"Saya sendiri pun operate di Jalan Imbi. Saya bagi support tiap-tiap bulan beras berkampit-kampit dan sebagainya.
Katanya, beliau juga pernah turun ke jalanan dan melihat sendiri masalah sebenar, cuma tidak tahu cara mengumumkannya kepada orang awam.
Menurutnya, yang menjadi kebimbangan apabila golongan terbabit menyumbang kepada masalah kekotoran dan sampah sarap di kota Kuala Lumpur.
"Saya tidak berapa minat kalau sesetengah orang bagi makanan secara foam dan bungkusan, jadi ini yang mengotorkan (bandar)," katanya.
Beliau berkata, pihaknya termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan pertemuan dengan semua NGO dapur jalanan pada Selasa ini bagi membetulkan semula persepsi mengenai kenyataannya sebelum ini.
Perbincangan itu termasuk cadangan untuk membina rumah perlindungan “one stop centre” yang akan dibeli DBKL untuk menangani masalah kemiskinan dan gelandangan.
Ditanya megenai teguran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui Twitter yang menyeru supaya peranan NGO dapur jalanan dihargai, beliau berkata dirinya sudah menjelaskan perkara sebenar kepada Najib.
"Saya harap dapat selesaikan isu rumah perlindungan ini dalam hujung tahun," katanya.
Sebelum itu, Tengku Adnan ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk Parlimen Wangsa Maju berkata, tindakannya itu demi membawa perubahan dan kebaikan, malangnya diputarbelitkan dan dijadikan bahan fitnah.
"Biar Kuala Lumpur jadi livable city bukan city of rubbish," tegasnya.
Beliau juga mengarahkan pengarah penguatkuasa DBKL membuat laporan polis ekoran fitnah yang disebarkan di media sosial mengatakan pengurusan Masjid Kampung Baru disaman DBKL kerana mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.
Pihaknya juga bercadang membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa kenyataan itu mengelirukan rakyat.
Seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama “Aduka Taruna” menyebarkan berita kononnya Masjid Jamek Kampung Baru menerima 124 saman DBKL kerana memberi sedekah bubur lambuk kepada orang ramai.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya memberi peluang kepadanya menyelesaikan kemelut isu gelandangan ini dalam tempoh dua minggu.
"Saya minta kawan-kawan yang buat kerja amal ni teruskan kerja mereka, jangan berhenti kerana ia dituntut Allah.
"Apa yang dilakukan DBKL dan Kementerian Wilayah ini dituntut (oleh agama). Kita cuba bantu ikut cara kita.
"Apa yang kita harap dapat ringankan beban mereka waktu Ramadan dan semasa nak sambut Aidilfitri," katanya. – 5 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-sendiri-sumbang-berkampit-beras-kepada-gelandangan-kata-ku-nan#sthash.LBthrDiQ.dpuf

Panas2 hahaha,,,,,,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.