SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP?
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku
kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR "
adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah
jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada
keesokan harinya dibilik gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah
pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang
diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2
sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari
Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden
yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar
semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai
seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran
dengan "Bilik Terakhir" itu.
Ketika sedang berkawal kira-kira
lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang
berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk
untuk melihat apakah bendanya itu.
Sedang ia mengamat- amati
maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju
kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian
bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana
ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi
pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan
namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu
sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.
Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila
didapati banyak harta karun dalamnya.
Ia cuba mengambil harta
itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga
yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh
harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "Ahmad Albab yang
punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ...
" Tahniah kerana minat membaca.
P/s -aku pun terkono.... so apa salahnya foward & share dengan
kawan2 lain pulak . HAHA mesti excited bacaa kan kan ? MAAF "" --sengal
btl !! haha --> sy tak bersalah<----- """"
Kisah Benar
06:52 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 ulasan:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.